| | Aku nak berterus terang.
Hari nih banyak benda tak menjadi. Aku tempted nak kata semua benda macam lahanat tapi tu tak betul kan. Politically incorrect. Jadi biarlah aku kata banyak benda, bukan semua benda.
Malam tadi aku dapat mimpi ngeri! Tuan Penasihat suruh aku lupakan hasrat suci dan pendamkan niat murni aku. Mana la aku tak tensen giler bila bangun. Terus aku on mp3 kegemaran terkini aku – Kenang Kembali Brown Attack & Romansa Bidadari Bintang Batu.
Sejuk sikit ati.
Kasut tajam aku lak dah seasoned. Aiceh. Terpaksa mula pakai kasut tak selesa untuk gi kerja lepas nih. Ouch sakit! Ouch sakit!
Sneakers Nike kelabu (taik apa kau cakap?!) aku pun dah nak expired. Sayang betul – sneakers tu antara barang last aku beli kat JB. Nike Factory Outlet kat Taman U. Lama dah tahun 2005 dulu kot. Aku kena (kena konon, padahal nak sebenarnya!) cari boots la lepas nih. Bila aku nak kena gi outstation oversea lagi eh? Ke nak gi Singapore usya boots?
Nak gi keje pagi tadi boleh lak jem kat bawah fly over Penchala. Alahai, opis aku depan tu je. Tak berbaloi langsung nak jem² nih. Natijahnya, aku lewat 15 minit. Masalahnya aku yang pegang kunci pintu kebal depan jadi dorang sume tunggu aku datang.
Masuk keje lak work station aku akhirnya (lagu Brown Attack lagi – Akhirnya!) sampai ajal. aku kena back up & reformat. menunggu back up data membuatkan aku boleh keluar lunch break dalam masa kurang 30 minit je. dah la lapar dari pagi tak makan. Nak cepat punya pasal, aku TERPAKSA beli makanan mahal dari drive through. sepbaik Mika baru kasik gaji gig semalam (yeah, Uncle Mika baikkkk!). sepbaik jugak boss tak masuk opis so aku boleh makan kat work station.
masa lunch pulak TAK DE SORANG pon yang aku dapat call. sama ada hp off atau panggilan tak berjawab atau hp off (uh aku dah sebut tadi eh?) atau tak tau dah tukar nombor baru ke camner. yang on ym pon bley titiba senyap! (Zayck, jangan mencarut!).
ikhlas cakap - sekarang nih aku memang betul² tengah rindu giler kat member aku yang sorang tu! hmmm aku salah, aku sedang dihukum. maafkan lah aku. kalau la dia tau keadaan aku sekarang ni,mesti dia tak sampai ati nak terus² cam ni
sebenarnya memang sejak aku baca pasal The Secret aku takkan merungut pasal benda² yang tak best lagi. jadi, bukan tu tujuan blog ni. aku tulis blog nih sebab aku nak mendokumentasi – dalam pada hari yang banyak benda tak berapa nak best berlaku, aku tetap boleh terhibur hanya dengan 1 benda je.
kau mesti tak faham. tak pe. aku tetap nak tulis entry syok sendiri hahhhhahaha 
aku terhibur sangat pada hari ini sebab aku terbaca blog seseorang. seorang insan yang sangat² aku jauhi. dia terlalu negatif. aura kelam dia selalu membuatkan aku pun turut sama tertarik dirundung nasib malang – paling tidak pun malang sebab kena marah ngan dia. sebab dia bengang dengan aku. bengang dengan apa² yang aku buat dan apa² yang aku tak buat. sebab dia memang sentiasa bengang. dia suka bengang. bengang itu dia. dia bengang.
apa² yang aku cakap akan buatkan dia bengang. sebab memang niat dia nak bengang. tak kisah apa yang aku cakap. dia boleh pusing balik sampai jadi bengang. dialah satu²nya manusia yang berjaya buatkan aku takut untuk baik dengan dia. sebab aku SANGAT YAKIN aku berupaya tanpa gagal untuk membuatkan dia bengang.
lepas tu bila dia dah bengang, sewajibnya dia lak buat aku bengang.
dia memang macam tu.
lagi satu yang tak bleh belah, dia tak pernah berhenti bercakap tentang diri dia, dia dan dia sahaja lagi … eh, dan ada lagi pasal diri dia yang belum habis - yang maha hebat dari segenap pelusuk ciptaan.
sampaikan ada kawan aku pesan
“KALAU NAK LEPAK JANGAN BAWAK BUDAK GIG NANTI ADA INTERRUPTION”
sebab kawan aku tu ingat semua budak gig macam dia – asyek nak up pasal diri dia je tak henti² pada hal dia sekadar tumpang lepak sekaki je.
kau dapat tangkap tak apa yang aku nak sampaikan? dalam banyak² kejadian kat alam semesta nih, dialah Si Bengang Yang Berlagak.
wah, giler popular gelaran!
yang menghiburkan aku ialah cara dia menggambarkan diri dia dalam blog tu.
pada dia secara peribadi dia ialah seorang insan kerdil yang disukai oleh orang ramai kerana ketulusan hatinya.
lebih memeranjatkan, Si Bengang Yang Berlagak mendakwa dia pendengar yang baik.
pada hal dengan aku tak sampai 5 saat pun dia dah boleh cari gaduh.
aku harap satu hari nanti dia akan jadi sebagaimana yang dia gambarkan tu. tak pe lah kalau aku tak de untuk saksikan keajaiban tu berlaku (aku serik dah woi ngan dia, mintak simpang!!!)
hahahahaha, aku nih damn easy to be pleased kan? ngan blog cam tu pon aku bley terhibur. maafkan lah hormonal imbalance aku saat nih!
p/s: kau ingat tak tadi aku ada sebut aku kena back up & reformat pc? aku belum reformat pon lagi, nih pc dah ok. esok² je la reformat. kuang kuang kuang
|
| | Posted 3/30/2009 5:25 AM - 2 Views
- recommend
    - recs0
- share
- email
 - sent0
|