zayck = zaza
About this Entry
Posted by: zayck

Visit zayck's Xanga Site

Original: 3/26/2009 4:34 AM
Views: 9

Back to Your Xanga Site



Thursday, March 26, 2009

Ceritera romansa ;)

 

rain

 

 

Semalam aku turun bengkel. Malam. Gelap. Sejuk sangat. Nak hujan. Mungkin sebab tu tak ada tetamu lain yang bertandang. Waktu aku datang Pak Yong tengah makan. Seorang. Khusyuk. Dia tak perasan sampai aku masuk dalam bengkel.

 

Pak Yong jemput aku duduk. Dia teruskan makan. Mulanya kami cuma berborak kosong. Tanya itu ini dan bual² biasa. Nak dijadikan cerita, dalam pada tu hujan turun mencurah². Aku dah mula sejuk. Dah la duduk tepat² bawah kipas. Jaket pun tertinggal dalam kereta. Takkan nak pergi ambil. Lagi basah nanti ada. Tiba² sedar tak sedar ...

 

Kau ingat nih cerita apa? Picisan 18SX? Pi google kat internet la, salah URL kau nih. Hei ... perangai tu bila nak ubah. Macam mana Melayu nak maju cam nih. Dah la KJ menang tadi  

 

Hahahahaha saja aku buat gempak sebab sekarang aku tengah gila lagu baru band Bintang batu -Romansa Bidadari.

 

Gempak tak aku punya gimik? (Kau tanya apa? Gempak ke gampang? Heish! Tak baik!)

 

 

 


aku ingin dirimu ada selalu
bersama kau di sampingku mengharungi hidup
aku juga menantikan sebuah cinta, telah kucari sekian lama, apakah akhirnya?

kau hadir bagai suatu mimpi
yang selalu menjelma di dalam lenaku
aku cuma insan yang biasa
yang mengimpikan sebuah kesudahan

mengertilah bahawa kuhanya berserah
telah puas aku mencuba hingga tak berdaya

dan kau pilihlah kesudahan yang kau mahu
dengarlah oh sayangku kau yakin inginmu

oh sayangku persis dari syurga
namun kau kan hilang di saat jagaku
takkan aku merasa terluka
kerna kupasti saat indah kau kembali


kita cuma insan yang biasa
kesudahan itu perlu ada pengorbanan

 

Romansa Bidadari - Bintang Batu
dengar & download:
http://www.hotlinkfiles.com/files/2407293_mjzor/BintangBatu-Romansa.mp3

 

 

 

Tak ada apa yang dramatik pun yang berkalu kat bengkel semalam. Selain daripada Pak Yong takut kena tangkap khalwat ngan aku (ceh tak punk langsung! ), semuanya biasa² saja. Dorang yang lain sampai beberapa minit (kalau pun tak beberapa saat) lepas aku tiba. Mesti la aku roger dorang dulu sebelum turun, sampai hati kau bersangka buruk dengan aku. Tak bagus tau. Aku ni budak baik.

 

Sebenarnya orang yang ditunggu tak tiba malam tu. Jadi akhirnya cuma lepak² kat bengkel saja lah. Band Brown Attack jamming. Aku teruja sangat tengok dorang praktis lagu cover. Masa tu dengar mp3, masa tu cari chord, masa tu improvise, masa tu main² lawak² kutuk², tau² dah on je 1 lagu. Tak kisah lah orang lain yang main bass, orang lain yang main drum dan orang lain yang vokal (tokey sibuk layan pelanggan). Aku bangga bila tau ramai rupanya insan yang berbakat di sekeliling kita ni

 

Aku harap band Brown Attack & band² tempatan lain yang serius dengan muzik mereka akan berjaya dalam erti kata masing²!

 

Layankan Romansa Bidadari - aku suka sangat lagu tu dan Bintang Batu akan tetap jadi antara band favorite aku!  

 

p/s: Ahad 12 April pada hari lahir adik aku Apih, Bintang Batu akan perform live dengan TV3 di Shah Alam. Jom tengok! Aku berani jamin sangat² menghiburkan!

 

 Posted 3/26/2009 4:34 AM - 9 Views