zayck = zaza
zayck
read my profile
sign my guestbook

Visit zayck's Xanga Site!

Name: Zayck
Gender: Female


Message: message me


Member Since: 3/2/2006

SubscriptionsSites I Read

Posting Calendar

|<< oldest | newest >>|
view all weblog archives

Get Involved!

Suggest a link

Recommend to friend

Create a site


Monday, June 29, 2009

bite size tid bit

lama dah tak update ...

apis carbon 4 teen promote blog baru beliau, http://apisc14.blogspot.com/ . apis ialah penyanyi popular band punk rock yang dikenali ramai, Carbon 4 Teen - dah perform kat Paul's Place sejak tahun 2002/2003 lagi. band beliau ada ramai pengikut setia yang suka muzik punk rock dan juga awex sexy² yang suka abang punk rockstar hawt. Oh ya, pastikan jangan ada typo error semasa chatting dengan apis atau mana² kuncu² punk rock freakers yang lain kerana anda akan dikutuk terus²an - sampai anda buat typo error yang berikutnya.

 

DSCN7607
saya bersama apis (beliau sedang kontrol muka artis) selepas Konsert Bersatu di City Plaza JB, terima kasih kepada abang punk rawkstar Wan JBH yang telah mengambil gambar ini. sila ke laman blog apis untuk updates terbaru dalam scene atau sekadar ramblings merapu beliau.

 

SP_A3375
selepas menyaksikan berpuluh² gig, pertama kali saya bayar tiket ialah di gig bersejarah Family Luntang²- 6 Disember 2008, Studio Naif Ayer Keroh. ini gig punk pertama saya! menyaksikan band² Malay Power. kat gig nih la secara tak sengaja saya terjatuh cinta pandang pertama kat sorang mamat ensem yang (sampai sekarang pun) bila dia senyum saya tak tau nak cakap apa hahahha

 

SP_A3381
t-shirt gig Malay Power 6/6/2009. mari beli RM25/= sahaja. saya cuba t-shirt nih lepas tu saya jual kat orang hahahahaha

 

 

SP_A3382
berkunjung ke pekan sehari di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. nampak kuih Tokyo - import dari Tokyo atau dijual oleh Tok Yo?

 

SP_A3386
menziarah pusara - happy fathers' day

 

 

c2i
bersama rombongan ke majlis sanding Roland guitarist Bintang Batu di Rawang. yang baju kotak² tu Am Hujan. yang pakai spek itam belakang akak baju biru tu Mie Coda artis Siti Nurhaliza Production (Awal Ashaari versi sawo matang!) . yang pakai cap belakang pengantin tu Ejam Coda - baru je perasan rupanya dia main drum untuk Bunkface jugak. ada bersama: BF & Farhunt Bintang Batu. yang perempuan² saya tak berapa kenal sangat hahahaaha  

 


SP_A3363
orang Putra Jaya ...

 


Monday, March 30, 2009

kini kembali: Hari Riang Sedunia

HappyDay

 

aku happy sangat hari nih. pagi² lagi dikejutkan oleh si kacak yang sentiasa ada kat wall paper hand phone aku. baru aku sedar. nikmatnya bila bukak mata je nampak seseorang yang membahagiakan.

 

hahahaha nampak kat hand phone la ngok, bukan dia ada kat situ.

 

kau ingat aku apa?!

 

tidak. aku tak meletakkan syarat untuk happy kita kena bergantung kepada orang. bukan dia penyebab aku happy. tapi bila dia dah ada, aku bersyukur.

 

aku happy sebab hari nih aku dah dapat balik diri aku. tak de mood swing. tak de hormonal imbalance. nope, aku tak rindu sesapa. sesiapa yang tak ada boleh teruskan dengan kehidupan masing². yang ada jom kita lepak sampai lebam. puas ati.

 

hmmm … tiba² aku teringin nak tengok movie la. dan makan caramel popcorn. mungkin nanti lewat sikit la, tapi sekarang nih aku nak butter cookies (nih pengaruh biskut yang diberi percuma oleh pengilang Korea lah nih) sama Nata De Cocoa. cokelat Zip (macam Phat vox Tears Memories!) jugak.

 

life’s great!

 

 

 

 

p/s: yeah, aku cam sedih sket bila Wan bagitau JBH tak pat turun gig Sabtu nih, tapi tak pe, insya Allah kalo ada rezeki xke mana

 

p/s: yeah, entry kat bawah nih aku kena edit sket sebab negatif sangat. those were the days aye hahahaha  

 

 


terhibur

Aku nak berterus terang.

Hari nih banyak benda tak menjadi. Aku tempted nak kata semua benda macam lahanat tapi tu tak betul kan. Politically incorrect. Jadi biarlah aku kata banyak benda, bukan semua benda.

Malam tadi aku dapat mimpi ngeri! Tuan Penasihat suruh aku lupakan hasrat suci dan pendamkan niat murni aku. Mana la aku tak tensen giler bila bangun. Terus aku on mp3 kegemaran terkini aku – Kenang Kembali Brown Attack & Romansa Bidadari Bintang Batu.

Sejuk sikit ati.

Kasut tajam aku lak dah seasoned. Aiceh. Terpaksa mula pakai kasut tak selesa untuk gi kerja lepas nih. Ouch sakit! Ouch sakit!

Sneakers Nike kelabu (taik apa kau cakap?!) aku pun dah nak expired. Sayang betul – sneakers tu antara barang last aku beli kat JB. Nike Factory Outlet kat Taman U. Lama dah tahun 2005 dulu kot. Aku kena (kena konon, padahal nak sebenarnya!) cari boots la lepas nih. Bila aku nak kena gi outstation oversea lagi eh? Ke nak gi Singapore usya boots?

Nak gi keje pagi tadi boleh lak jem kat bawah fly over Penchala. Alahai, opis aku depan tu je. Tak berbaloi langsung nak jem² nih. Natijahnya, aku lewat 15 minit. Masalahnya aku yang pegang kunci pintu kebal depan jadi dorang sume tunggu aku datang.

Masuk keje lak work station aku akhirnya (lagu Brown Attack lagi – Akhirnya!) sampai ajal. aku kena back up & reformat. menunggu back up data membuatkan aku boleh keluar lunch break dalam masa kurang 30 minit je. dah la lapar dari pagi tak makan. Nak cepat punya pasal, aku TERPAKSA beli makanan mahal dari drive through. sepbaik Mika baru kasik gaji gig semalam (yeah, Uncle Mika baikkkk!). sepbaik jugak boss tak masuk opis so aku boleh makan kat work station.

masa lunch pulak TAK DE SORANG pon yang aku dapat call. sama ada hp off atau panggilan tak berjawab atau hp off (uh aku dah sebut tadi eh?) atau tak tau dah tukar nombor baru ke camner. yang on ym pon bley titiba senyap! (Zayck, jangan mencarut!).

ikhlas cakap - sekarang nih aku memang betul² tengah rindu giler kat member aku yang sorang tu! hmmm aku salah, aku sedang dihukum. maafkan lah aku. kalau la dia tau keadaan aku sekarang ni,mesti dia tak sampai ati nak terus² cam ni


best_friends


sebenarnya memang sejak aku baca pasal The Secret aku takkan merungut pasal benda² yang tak best lagi. jadi, bukan tu tujuan blog ni. aku tulis blog nih sebab aku nak mendokumentasi – dalam pada hari yang banyak benda tak berapa nak best berlaku, aku tetap boleh terhibur hanya dengan 1 benda je.

kau mesti tak faham. tak pe. aku tetap nak tulis entry syok sendiri hahhhhahaha

aku terhibur sangat pada hari ini sebab aku terbaca blog seseorang. seorang insan yang sangat² aku jauhi. dia terlalu negatif. aura kelam dia selalu membuatkan aku pun turut sama tertarik dirundung nasib malang – paling tidak pun malang sebab kena marah ngan dia. sebab dia bengang dengan aku. bengang dengan apa² yang aku buat dan apa² yang aku tak buat. sebab dia memang sentiasa bengang. dia suka bengang. bengang itu dia. dia bengang.

apa² yang aku cakap akan buatkan dia bengang. sebab memang niat dia nak bengang. tak kisah apa yang aku cakap. dia boleh pusing balik sampai jadi bengang. dialah satu²nya manusia yang berjaya buatkan aku takut untuk baik dengan dia. sebab aku SANGAT YAKIN aku berupaya tanpa gagal untuk membuatkan dia bengang.

lepas tu bila dia dah bengang, sewajibnya dia lak buat aku bengang.

dia memang macam tu.

lagi satu yang tak bleh belah, dia tak pernah berhenti bercakap tentang diri dia, dia dan dia sahaja lagi … eh, dan ada lagi pasal diri dia yang belum habis - yang maha hebat dari segenap pelusuk ciptaan.

sampaikan ada kawan aku pesan

“KALAU NAK LEPAK JANGAN BAWAK BUDAK GIG NANTI ADA INTERRUPTION”

sebab kawan aku tu ingat semua budak gig macam dia – asyek nak up pasal diri dia je tak henti² pada hal dia sekadar tumpang lepak sekaki je.

kau dapat tangkap tak apa yang aku nak sampaikan? dalam banyak² kejadian kat alam semesta nih, dialah Si Bengang Yang Berlagak.

wah, giler popular gelaran!

yang menghiburkan aku ialah cara dia menggambarkan diri dia dalam blog tu.

pada dia secara peribadi dia ialah seorang insan kerdil yang disukai oleh orang ramai kerana ketulusan hatinya.

lebih memeranjatkan, Si Bengang Yang Berlagak mendakwa dia pendengar yang baik.

pada hal dengan aku tak sampai 5 saat pun dia dah boleh cari gaduh.

aku harap satu hari nanti dia akan jadi sebagaimana yang dia gambarkan tu. tak pe lah kalau aku tak de untuk saksikan keajaiban tu berlaku (aku serik dah woi ngan dia, mintak simpang!!!)


hahahahaha, aku nih damn easy to be pleased kan? ngan blog cam tu pon aku bley terhibur. maafkan lah hormonal imbalance aku saat nih!



p/s: kau ingat tak tadi aku ada sebut aku kena back up & reformat pc? aku belum reformat pon lagi, nih pc dah ok. esok² je la reformat. kuang kuang kuang


Friday, March 27, 2009

hari bawak anak ke pejabat

bobo01

 

bobo02

 

bobo03

 

bobo04

 

bobo05

 

bobo06

 

bobo07

 

bobo08

 

 bobo09

 

bobo10

 

bobo11

 

bobo12

 

bobo13

 

bobo14

 

bobo15

 


Thursday, March 26, 2009

Ceritera romansa ;)

rain

 

 

Semalam aku turun bengkel. Malam. Gelap. Sejuk sangat. Nak hujan. Mungkin sebab tu tak ada tetamu lain yang bertandang. Waktu aku datang Pak Yong tengah makan. Seorang. Khusyuk. Dia tak perasan sampai aku masuk dalam bengkel.

 

Pak Yong jemput aku duduk. Dia teruskan makan. Mulanya kami cuma berborak kosong. Tanya itu ini dan bual² biasa. Nak dijadikan cerita, dalam pada tu hujan turun mencurah². Aku dah mula sejuk. Dah la duduk tepat² bawah kipas. Jaket pun tertinggal dalam kereta. Takkan nak pergi ambil. Lagi basah nanti ada. Tiba² sedar tak sedar ...

 

Kau ingat nih cerita apa? Picisan 18SX? Pi google kat internet la, salah URL kau nih. Hei ... perangai tu bila nak ubah. Macam mana Melayu nak maju cam nih. Dah la KJ menang tadi  

 

Hahahahaha saja aku buat gempak sebab sekarang aku tengah gila lagu baru band Bintang batu -Romansa Bidadari.

 

Gempak tak aku punya gimik? (Kau tanya apa? Gempak ke gampang? Heish! Tak baik!)

 

 

 


aku ingin dirimu ada selalu
bersama kau di sampingku mengharungi hidup
aku juga menantikan sebuah cinta, telah kucari sekian lama, apakah akhirnya?

kau hadir bagai suatu mimpi
yang selalu menjelma di dalam lenaku
aku cuma insan yang biasa
yang mengimpikan sebuah kesudahan

mengertilah bahawa kuhanya berserah
telah puas aku mencuba hingga tak berdaya

dan kau pilihlah kesudahan yang kau mahu
dengarlah oh sayangku kau yakin inginmu

oh sayangku persis dari syurga
namun kau kan hilang di saat jagaku
takkan aku merasa terluka
kerna kupasti saat indah kau kembali


kita cuma insan yang biasa
kesudahan itu perlu ada pengorbanan

 

Romansa Bidadari - Bintang Batu
dengar & download:
http://www.hotlinkfiles.com/files/2407293_mjzor/BintangBatu-Romansa.mp3

 

 

 

Tak ada apa yang dramatik pun yang berkalu kat bengkel semalam. Selain daripada Pak Yong takut kena tangkap khalwat ngan aku (ceh tak punk langsung! ), semuanya biasa² saja. Dorang yang lain sampai beberapa minit (kalau pun tak beberapa saat) lepas aku tiba. Mesti la aku roger dorang dulu sebelum turun, sampai hati kau bersangka buruk dengan aku. Tak bagus tau. Aku ni budak baik.

 

Sebenarnya orang yang ditunggu tak tiba malam tu. Jadi akhirnya cuma lepak² kat bengkel saja lah. Band Brown Attack jamming. Aku teruja sangat tengok dorang praktis lagu cover. Masa tu dengar mp3, masa tu cari chord, masa tu improvise, masa tu main² lawak² kutuk², tau² dah on je 1 lagu. Tak kisah lah orang lain yang main bass, orang lain yang main drum dan orang lain yang vokal (tokey sibuk layan pelanggan). Aku bangga bila tau ramai rupanya insan yang berbakat di sekeliling kita ni

 

Aku harap band Brown Attack & band² tempatan lain yang serius dengan muzik mereka akan berjaya dalam erti kata masing²!

 

Layankan Romansa Bidadari - aku suka sangat lagu tu dan Bintang Batu akan tetap jadi antara band favorite aku!  

 

p/s: Ahad 12 April pada hari lahir adik aku Apih, Bintang Batu akan perform live dengan TV3 di Shah Alam. Jom tengok! Aku berani jamin sangat² menghiburkan!

 



Next 5 >>